Sunday, July 16, 2017

Jepun Day 6 : Shibazakura & Kawaguchiko Lake

19th May 2017
Harini aku pakai baju 2 lapis sebab orang kata semalam sejuk dan hujan.
Tapi harini panas terik.
Heh.
Happy pagi2 dah jumpa Fujisan. Beliau ni pemalu pagi2 je muncul :)

Tujuan utama harini nak ke Shibazkura festival
Nak tengok pink moss phlox yang cantik dengan background Mount Fuji yang pemalu tu.
Festival ni ada waktu2 dia tau.
 Tahun ni dari 15th April 2017 - 28th May 2017
On the way ke Shibazakura. Sempat tangkap gamba dengan bro ni *xkenal*

Kami bayar 2000yen untuk bas pergi balik dari Kawaguchiko station dan entrance fee.
Kat sana apa lagi, tangkap gambar je lah kerjanya :)

Kat belakang tu patutnye ade Fuji-san. Beliau x muncul dah sejak pagi td.


 
 Ais krim flavour sakura
 
 The only sakura yang kami jumpa kat Jepun


Bunga2 lain pun ade. 

Puas bergambar, kami balik semula ke Kawaguchiko station.
Sempat solat di hostel kami.
Then, kami jalan kaki ke Kawaguchiko lake.

Since kami ada banyak masa lagi, kami naik Kawaguchiko lake cruise dan Kachi Kachi ropeway.
Harga 1300yen.
Lake cruise ni ambil masa dalam 40 minit. Cable car pulak 15min je.


Naik cruise kat Kawaguchiko Lake. Nampak snowcap Fujisan sikit2 je
Atas cruise ade loceng romantic
Naik Kachi Kachi ropeway pulak
Dalam cable car
Atas bukit tu ade cartoon2 
Fuji nyorok2 kat belakang tu

Petangnya, kami naik bas ke Tokyo.
Kat Tokyo kami guna Suica card sepenuhnya.
Lepas berehat sekejap di rumah airBnb,kami terus bergerak ke Camii mosque untuk solat.
 Tokyo Camii mosque. Masjid orang Turki. Jalan sikit dari Yoyogi-Uehara station

Dari Camii mosque, kami naik bas ke Shibuya crossing untuk ke world busiest crosswalk 
'Hachiko Crosswalk'
Empat lima kali jugak aku lintas jalan kat situ. 


Hachiko statute. Kucing kat bawah tu sibuk je



What I missed:
1)Kalau ada lebih masa, bolehlah sewa basikal jalan2 kat area Kawaguchiko Lake tu. Macam best je.
2) Kat Shibuya crossing tu, kalau nak gambar cantik, ambil dari tingat atas Starbucks. 





*rindu kat lagu traffic light Kawaguchiko station*




Jepun day 5 - Kyoto -Kawaguchiko

18th May 2017
Nyaman.
Sakura tiada.

Harini pagi2 kami ke Arashiyama bamboo forest. Train ke Kawaguchiko pukul 3pm.
Agak berkejar sebenarnya.
Nak jimat masa, kami naik JR train. Dekat dan cepat.


Tiba di Saga-Arashiyama, kami tukar station untuk naik Sagano romantic train.
Perjalanan dalam 25minit. Penuh kehijauan sebab sakura takde.
Tak berapa romantic sebab ......
>.<
Map pon nak comel2
Sebelum berlepas ada budak2 beratur lambai2 cakap "Sayonara"
 Scenery - hijauuuu

Minum kopi 130yen - mug bawak balik free

Dari Kameoka station (Saganotrain) ambil mase 5 minit jalan ke JR station

Di Kameoka Torokko station, kami berpecah.
Kawan aku patah balik ke Saga Arshiyama naik Hozugawa river cruise yang ambil masa 2 jam.
Katanya dah penah pergi ke bamboo forest, jadi tak sempat ke buluh pun takpe.

Aku pun bawak mak2 naik JR train ke Saga Arashiyama semula untuk ke bamboo forest.
Sempat beli soft leather good sebelum masuk Arashiyama bamboo. Leather dari Kyoto.


Nak gambar lawa, datanglah awal pagi. Kami sampai dah terik dah.

Arashiyama bamboo forest
Terjumpa geisha jalan2. Geisha kot.

Semengah
 

Kami lunch dengan bekalan dari rumah (Brahims again).
Dan solat di Kyoto Station.

Pukul 3pm, kami naik bullet train dari Kyoto - Mishima untuk ke Kawaguchiko.
Dapat harga murah 5500yen seorang dengan bantuan rakan dan taulan.
Alhamdulillah dapatlah merasa naik bullet train yang super laju tu.
Jom naik Shinkansen. Yosh!!
Shinkansen Hikari kami
 
 Lame jugak dari Kyoto-Mishima. Dalam 3 jam jugak.

Dari Mishima pula, kami ke Kawaguchiko station menaiki express bus
Harga 2260yen seorang.

Dah sampai Mishima, kami naik Fujikyu express bas ke Kawaguchiko

What i missed?
Hozugawa river cruise.
Tak sempat sebab kalau naik cruise ni tak sempat bergambar2 di bamboo forest 
>.<






Jepun day 4 : Kyoto

17th May 2017
Harini nyaman.
Sakura tiada.
Pakai Kyoto bus pass sahaja.

Semalam tak sempat beli bus pass (sebab tourist information dah tutup).
Maka, menapaklah kami dari airBnb ke Kyoto station.

Destinasi pertama kami ialah Fushimi Inari, dalam 15minit dari Kyoto station.
Turun dari bas, kene jalan lagi dalam 15minit, barulah sampai ke tiang2 merah tu.
Kat sini terkenal dengan fox shrine


memang tak larat lah kalau nak naik sampai puncak

Tiang2 ni ade name penderma die
 
ade kedai Hello Kitty kat luar Fushimi Inari

Mase nak balik tu, sempat beli air orange 500yen, ubi jepun 400yen.

Dah tengah hari, kami ke Kyoto tower untuk solat.
 Kat sini memang disediakan surau kecik tapi kene bagi nama kalau nak masok.
Surau selesa kat Kyoto Tower

Selepas tu, kami ke Kiyomizudera temple.
Kalau ikut internet tempat ni lawa gile.
Waktu kami sampai tempat ni tengah renovation.
Dijangkakan tahun 2020 baru siap. Tapi tak sia2 pegi sebab memang lawa.

On the way tu sempat beli Haori - souvenir untuk diri sendiri 1000yen
Fox
bukan aweks Jepun


Kiyomizudera

Basuh tangan dulu 

Sempat lunch di tepi Kiyomizudera. Terima kasih Brahims

 Tengah2 jalan jumpa restoran menarik. Siap ada stamp for fun :)


Dah petang, kami ke Gion street.
Jalan sikit dari bus stop Gion ke Shirakawa street.
Kalau sakura tengah blooming, tempat ni jadi lawa gila2!!
Dan kalau ada rezeki, bolehlah jumpe geisha dan maiko jalan2.
Sakura tiada
Shirakawa street

Tak jumpe maiko / geisha

Diorang tengah photoshoot

 
Harus pergi lagi time sakura!!


Kami dinner di restaurant halal Ayam-Ya.
Dah sampai Kyoto wajib ke sini ye.
Saya order extra soy ramen 700yen (sedap) campur telur 70yen.
My friend order spicy ramen level 3. Berasap jugak lah!

Wajib pegi Ayam-Ya

 Fefeeling order makanan lauk dari vending machine



 Lepak jap daun cantik ni