Saturday, December 13, 2014

Singapore part 4

Habis bergambar di Merlion park, kami betul2 clueless nak pegi ke mane lagi.
Skrang dah pukul 4pm.
Nak pergi Marina Bay, macam jauh. Kan dah nampak dari Merlion Park tadi.
Baik pergi tempat lain.
Pastu ade orang suggest pergi Garden by the Bay.


So, kami naik MRT ke Garden by The Bay (cube sebut laju2)

Route: Raffles Place --> Bayfront
Harge: lebih kurang 1.30SGD
Amik Exit B.

Rupenya, untuk nak ke Marina Bay, stop kat station yang same. Amik exit B jugak.
Kalau nak ke Garden by the Bay, keluar kat terowong panjang.
Kalau ke Marina Bay, naik tangga.
Aku suggest korang pi Marina Bay dulu. Lebih dekat kot. Naik tingkat 4 Marina Bay untuk short cut ke Garden by the Bay.

Sebenarnya bende bulat2 belakang tu boleh naik, tapi kami tengok dari jauh je.

Jambatan ni la yang hubungkan Marina Bay dan Garden by the Bay.
Bawah Marina Bay.

Lompat adik lompat

Cubaan kakak2 melompat. 
Sempat masuk dalam Marina Bay.


Haaaaaaaaaaa acaneni acaneni?
Pasni nak pegi mane pulak?
Chinatown best ke?
Little India ade ape?
Chop! Shopping street Singapore kat Orchard road kan??
Ikesoooo! 
(Let's go)
Lepak kat tangga je. Duit dah takde walaupun sekadar untuk window shopping >.<
Christmas festive

Satu-satunya Christmast tree yang boleh masok dalam 

Dalam Christmast tree
Singapore best! Bersih dan happening!

Lepak sini sampai pukol 8.30pm. Dah kene pikir pasal balik ni.
(Baru terkial2 nak carik tiket bas)
Kang xpasal2 menetap lagi 1 malam kat Singapore.

Seperti yang dinasihatkan oleh taiko MBC, dari Orchard road kami ke Golden Mile Complex untuk beli tiket bas ke KL.

 Route MRT: Orchard --> Nicholl Highway.
Lintas jejantas. Toleh kanan, jalanlah menuju ke menara oren Golden Mile.
Tapi malam2 tak berape nampak, xde lampu kat menara tu.
Kat Golden Mile complex ni ade jual tiket bas express "Starmart"

Dari Singapore terus direct ke KL (turun kat Times Square atau TBS)
Time ni dah 9pm.
Ade 3 tiket je lagi untuk bas 12am tu.
*nangis*
Nasib baik sempat beli. Kami dapat seat blakang sekali~
*lupe haritu malam minggu*
Kami turun kat tepi monorail Times square.

 Bas pon best!! Ade 3 modes massage lagi.

Review Startmart express bus:
5 bintang!
Bas ni first class uolls. 3 seaters je.
Siap ade massage kat kerusi bas.
Jakun jap!

Eh kalau korang bawak banyak barang, xbest tau naik bas dari Singapore.
Sebab ade 2 kali imigration checkpoints.
1. kat border Singapore. Yang ni tak payah bawak turun bag.
2. kat border Malaysia. Yang ni kene bawak turun bag untuk scan.

*Dilarang bawak keluar mangga dari Singapore*
True story

Thursday, December 11, 2014

Singapore part 3

5 December 2014. Cuace best. Panas macam Malaysia. Haha.

Akibat keletihan semalam, kami bangun lewat. Ish3
Dah nak 11am baru keluar dari hotel.
Terus check-out. Claim deposit 20SGD.
Kami tinggalkan beg-beg kami kat lobby hotel.

Tibe2 dah tengah hari. Harini pulak hari Jumaat.
Haruslah semayang jumaat kan. 
(wajib untuk lelaki ye!)
Kami menuju ke Sultan mosque. Sebelah hotel je masjid ni.
Sebelum tu, tangkap gambar dulu kat Malay Cultural Centre.
Bangunan ni dulu Sultan Johor punya. Ye ke?!
Masjid Sultan

Sampai masjid, semayang jumaat.
Aku jamak qasar. Zohor ikot imam yay!


Akhirnya ade jugak masjid yang kipas lagi besar dari chandelierrrrr

Depan masjid ni ade jual souvenier murah. Tapi aku betul2 tak cukup duit SGD time tu.
Makcik tu kate die accept ringgit. 10SGD die nak 30 RM. Mahal!!
Kalau nak tukar currency kat kedai pulak, die amik RM3.80 untuk 1SGD. Bapak mahal!!!

Maka aku pun decide nak keluarkan duit kat ATM machine. Kat Singapore ade Maybank. 
Aku withdraw 50SGD kat sini dengan harapan takde extra charge. Oh balik check, memang takde!!
1SGD Maybank = RM2.60
Yay!

3 tshirts 10SGD. Murah leteww
Bile patah balik semula, dah malam. Kedai dah tutup.


Perut dah lapar.
Kat area sebelah Arab Street ade banyak gerai.
Pekena nasi padang dulu.

Arab street
Nasi padang dan milo ais gerai Pariaman. SGD19.50 kongsi 3 orang. Sedap!!!

 Lepas tu, kami pegi Merlion.
Dari Jalan Sultan depan Maybank, kami naik bas 107 ke Esplanade.
Harga: 1.30SGD
Bas terima coin sahaja.

Mintak pakcik tu berhentikan kat bus stop Esplanade.


Turun bas tu, kami terus mengesot ke arah Fullerton hotel.
Lepas cross jambatan, jumpalah dengan si singa putih ini. Sempat jugak kami beli ais krim roti SGD1.20

Sedang mengesot ke Fullerton Hotel. Belakang tu Esplanade. Bangunan bentuk durian.
Masih mengesot ke Merlion. Candy shop ni bawah jejantas ke Merlion Park.
Akhirnya sampai ke Merlion park.

Macam2 gaya:

Marina Bay dari Merlion Park

Lion di belakang lion keluar air. Kasihan. Beliau dilupekan.

Dari Merlion, kami nak ke Marina Bay.
Nampak macam jauh, tapi bila tanya orang Singapore, 
die cakap "better jalan kaki ... dah dekat dah tu, kalau naik MRT kene tukar2 station"
.
.
.

Errrrrkkkk. Kami naik MRT.


Betullah,
Singaporeans walk, Malaysians drive.
Gomok. Lol


Interesting artwork kat sebelah Raffles place MRT

Singapore part 2 USS

4 December 2014. Khamis.

Harini USS bukak dari 10am sampai 9pm.
Dari Changi airport, kami terus ke USS. Makan mase 50 minit jugak.
Sampai2 dah pukul 12pm. Dah rugi 2 jam mase kat USS. *berkira sungguh*
Tapi takpelah. Lagipun pagi tu hujan. Dan USS harini tutup lambat.
Yay *lompat girang*

TRANSPORT
USS sebenarnya terletak kat Resort World di Sentosa Island.
Dari Changi airport, kami naik MRT.


Route MRT: Changi airport ---> Harbourfront
(dua kali tukar: kat station Tanah Merah dan Outram Park)
Harga: 2.40SGD

Dah sampai Harbourfront, masuk ke Vivo City.
Naik ke tingkat 3 dan beli tiket Sentosa Express Train untuk ke Sentosa Island.

Route Sentosa Express Train: Vivo City ---> Resort World.
(Resort World ni adalah first stop dari VivoCity)
Harga: 4SGD termasuk balik. 

TIKET USS

Aku beli tiket online 68 SGD termasuk 5 SGD voucher makanan.
Time ni ade promo.

Ni tiket biase. Tak boleh potong queue. Tapi boleh main satu game tu banyak2 kali.


Kalau beli kat kaunter USS, express pass berharga 70SGD.
Express pass ni maksudnye korang x payah beratur, boleh skip queue.
TAPI, satu game boleh main SEKALI je. RUGI kalau beli weekdays atau kalau orang tak ramai.


LOCKER

Yes, dalam USS ade locker.
Aku amek yang 'dalam' USS (lepas scan tiket, belok kanan)
Harga locker kecik 10SGD sehari. Sumbat 2 bagpacks, 2 handbags besar.
Aku cume bawak duit, handphone, roti gardenia coklat dan air mineral.

Tips: kat dalam USS, tepi roller coaster kadang2 ade locker. 45minit percuma.
Ade orang letak bag die dalam tu, agak2 dah 40 minit, tukar locker lain pulak.

Kami malas nak timing. Sumbat siap2 dalam locker berbayar.
Pukul 9pm baru amek beg. Itupon locker room tu dah kene kunci sebab USS dah tutup.
>.<

ATTRACTIONS

Macam2. Korang tengok je la gambar.


Sekarang tengah Christmas season. 

 Tetiba ade salji








Waterworld show. Gempak!! Kalau korang duduk depan, berkemungkinan baju korang akan basah.






Game ni paling tak best. Beratur lame, ride nye kejap je. Hehe


Dah malam takde orang
Dah habis semua game, kami main game budak2 pulak
Sebelum pulang. Bye bye USS


SURAU

Belakang roller coaster Cylons and Human ade surau.

Surau agak kecik. (Mohon syukur still disediakan)
Takde telekung disediakan.
>.<

MAKAN

Dalam map USS, kat bahagian restaurant, die ade letak logo halal sebelah nama restoren yang betul2 halal.
Kalau korang ade voucher makan SDG5 tu, mohon redeem siap2 kat entrance USS.
Aku dah rayau separuh USS, baru teringat nak tukar
>.<
Kami lunch di Friar's. Time ni dah 3pm, dan kami lupa redeem food voucher.
Tapi perut dah lapaaarr. Beli je lah chicken fillet and fries.
Melayang 9.90SGD. Tapi berbaloi2. Sedap!!!! *nangis*

Sedap ya amat!! Kalah KFC *serious*

 Walaupun tudungku penyek, tapi nak tunjuk gak keadaan dalam restaurant ni.


 Beef pizza adik aku order. Sedap! 9.50SGD.

Lepas tu, adik aku merengek nak popcorn. Bagilah sekotak.
Lagipun time ni aku dah redeem food voucher.
Harga sebenar 6.50SGD. Tapi aku bayar 1.50SGD je. Ok le tu.


Fahim and popcorn

Dah pukul 9pm, kami beli dinner pulak. Dinner lah sangat!
Chicken fingers 6SGD. Tapi bayar 1 SGD je. Murah untuk harga sebuah protein! lol

Lawa kan deco restaurant ni.

Discovery food court ni takde tanda halal tau.

Hard Rock Cafe
Keluar dari USS, ade Hard Rock Cafe. 
Tapi kami tak singgah.
Tarak duit
>.<


PULANG
Kalau nak balik, carik semula Sentosa express train tu ke VivoCity.
Tak payah beli tiket baru
.

.
.
.
.

Best la jugak USS ni. Tapi yg main attraction roller coaster Battlestar Galactica Cylon & Human tu tutup sampai 2015.
Nanti, akan ade lagi satu roller coaster baru. (tengah bina)
Tapi takpe. Aku tak rugi pon. Sebab, cuti sekolah adik aku lebih bermakna, sebab aku yang bawak die. HAHA
One more thing, aku rase Disneyland lagi best kot? Eheh.