Showing posts with label Copenhagen. Show all posts
Showing posts with label Copenhagen. Show all posts

Tuesday, December 9, 2014

Copenhagen part 2

Hari kedua merangkap hari terakhir kat Copenhagen.

28 Jun 2014.
Hari yang terang, cuaca yang tenang.

Bangun pagi, gosok gigi, pack barang, teros check-out dari hotel. 
Hari kedua, kami dah pandai sikit jalan kat sini. Kami heret luggage bawak naik bas, teros ke Nyhavn.
Hasrat harini nak naik boat keliling Copenhagen.

Naik bas 1A dari Kovenhavn H. ke Nyhavn

Bile kami je yang ada dalam bas *golek2*

Kami amek boat tour Hop on Hop off. Makcik kat sane pesan, boat company Netto lagi murah.

Boat tour DKK95 sorang. Boat paling awal, pukol 9.30am

Sebelum naik boat, kita tanggap gambar dulu sekeping dua

Segala hand carry kami heret masuk dalam boat

Sebelum naik boat


Denmark terkenal dengan senibina ataupon architecture bangunan. Sepanjang naik boat tu, kami diexplainkan tentang bangunan. Bangunan tu church bangunan ni perpustakan bangunan tuuu.....*click click* Haha. Camera kat tangan tak mau lepas...

Copenhagen library

Kapal perang
Kapal lagi

Bangunan hitam tak ingat nama

Selfie skettt
Laluan canal atau terusan

Boat siap lalu bawah jambatan


Cantik kan rumah2 diorang. Jeles iolss

Walaupon duduk belakang, suara minah ni masih dapat didengar. Speaker bersepah2

Patung mermaid kegilaan ramai. Dari boat nampak belakang je

Satu bangunan penting yang dilupai. Parliment kah?

Rumah lagi. Inspired dari Amsterdam, Holland

Rumah sewa aku. Erkk

Dah nak sampai ke jeti

Masih bergambar lagi

Keluar boat gegaya catwalk ahahaha


Boat tour amek masa dalam sejam.
Flight kami pukol 2pm. Ada masa lagi!
Kami pon jalan2 di shopping complex dekat2 Nyhavn tu

Lawa kann bentuk bangunan shopping complex

Pinjam anak orang

Walaupun negara Denmark ni mahal, barang shopping ada jugak yang murah.
Bulan Jun Julai kan summer sale! 
Contoh, baju sejuk die jual RM60 je. Kalau kat Malaysia confirm2 lebih RM400.
Nyesal tak beli.
*nangis*

Habis window shopping, kami terus ke airport.
Naik metro dari Kongens Nytorv direct ke Copenhagen Airport.
14 minit je dah sampai!!!
(bukan 45 minit ye...haha)


Dalam airport ade jugak mermaid ni. 
Maka tak perlulah berebut2 tangkap gambar dengan mermaid tepi sungai tadi


Mak dan abah happy jalan2 kat Copenhagen.
Diorang kata, tak sangka dah sampai Denmark.
1 hari tapi dah banyak dapat tengok.
Takde dalam wishlish mahupun bucketlist. Wah!

Perjalanan diteruskan ke Geneva, Switzerland







Monday, October 13, 2014

Copenhagen part 1

27 Jun 2014.
First day in Copenhagen.
Cuaca okay, angin sepoi2 bahasa.
Aku pakai sweater / coat walaupun musim panas *nangis*

Dari airport, terus pergi hotel, check-in dan letak bag dalam bilik.
Alamak, dah pukol 5pm baru nak start jalan?!
Jangan risau. Part ni paling best kalau travel time summer.
Walaupon 5pm, siang masih muda. Hohohoho. Pukol 9pm baru maghrib (gelap). Kak Ros x panggil balik lagi. Eh?!

Kat depan main train station, aku nampak banyak basikal tersusun. Aku tanye satu minah ni mane kaunter nak sewa basikal? Die kate after 6pm, dah tutup.
Maka, jalan kaki lah kami. Cergas konon! Hehe
 Sewa basikal. After 6pm, boleh sewa yang ade electronic depan entrance main train station. 
Masok coin terus jalan.

Ni route perjalanan kitorang:
Dari main train station kiotang jalan kaki je ke Nyhavn. Jauh jugak la. Tapi enjoy je jalan2 tengok rakyat haha.
Dot merah tu pulak location hotel Cabinn City.


First, kitorang pegi depan Tivoli Garden. Die betul2 depan main train station.
Tivoli Garden ni adalah theme park tertua di dunia.
Kalau korang nak tahu, Walt Disney pon dapat idea buat Disneyland lepas tengok Tivoli Garden ni.
Aku kan bawak parents, xde la gigih nak beratur main main roller coaster bagai.
Tangkap gambar dari luar je dah cukup :)

Mak dan abah depan Tivoli garden. Hebat Denmark boleh buat theme park betul2 tengah bandar. Cube bayang depan KLCC ade roller coaster. Jammed tak berlagu kaauuu haha.

Wefie sket. Aku rase holiday ni jelah aku gune monopod. Lepas tu memang tak ingat nak bawak dah.


Next, kami pegi Vesterbrogade, jalan utama kat Copenhagen. Kalau ade peluang, korang carilah accommodation dekat2 sini. Bandar betul.

Hard Rock Cafe dekat Vesterbrogade.

Singgah jap supermarket beli air. Aku suke tengok kedai2 kat Europe. Jual sayur pakai paper bag je. Green sangat!

City hall square. Dataran kat Copenhagen

Jalan punya jalan, sampai kat Strøget.
Strøget ni antara shopping street paling panjang kat Europe.
Memang panjang ya amat!! *nangis*
Kesian mak abah aku jalan kaki jauh2.
Ingatkan kat tengah jalan tu ade public transport boleh short cut. Rupenye takde.
Ihiks sorry lah
>.<

Lorong nak masok Stroget. Walaupon summer, ramai je yang pakai coat atau sweater.
 Angin die sejuk macam kat Cameron Highland.

 
Depan kedai souvenir

Keychain. Aku baru tahu Denmark ni ade pengaruh2 Vikings. 

Muke happy keluarkan duit dari atm machine.


Ramai gile orang beli churros-icecream ni. Aku pon join beli. Bolehlah. 


Tengah2 Stroget.

Kat sini ramai gile orang. Tetibe aku ternampak budak sekolah ramai2 menari keliling fountain.
Ade yang jalan2 bawak speaker, ade yang bawak arak.
Bising gile!
 Dalam hati aku pikir apehal plak ni?
 Rupe2 nya, time tu diorang tengah celebrate hari last diorang kat sekolah.
Konon2 dah merdeka dan diorang ni dah dewase la.
Amboi itu pon nak celebrate!
Hmmm... kite tengok je la kann

Dah macam demonstrasi pon ade gak ni.



Happy sangat bebudak ni menari2 keliling fountain.


Akhirnya sampailah kitorang kat Nyhavn ni. Time ni dah lewat kot.
Aku pon ajak la parents aku main tangkap2 gambar.
Kat sini lagi havoc! Lagi ramai budak2 melalak2, ade yang siap bukak baju seluar sume terjun dalam air. Gambar 18sg ye, xdapat ditayangkan. Haha.
Orang puteh kat tepi air tu layaan je.


Haaa... nampak tak ade budak2 pi terjun dalam air. Happy sangat agaknye. 

Mak di Nyhavn, Copenhagen, Denmark. 

Alhamdulillah sampai ke Copenhagen :)

Dah lame lepak situ, kami pon balik ke Kovenhavn H untuk ke hotel.
Dari sini takde direct metro. Kene naik metro dan tukar naik train.

Route:  
Kongens Nytorv  to Nørreport (by metro)
Nørreport to København H (by train)
(kat metro station takde kaunter pertanyaan *nangis*)
(kalau konpius, tanye je orang lalu lalang)


Dah sampai København H, perut dah lapar. Sebelum balik hotel kitorang singgah restaurant halal yang ade dekat2 train station tu.

Walaupon name die macam tu, tapi jangan ragu2. HALAL ye! haha
*kalau nak makan kat restaurant halal lain, boleh check kat zabihah.com*


Kitorang order beriyani. Bolehlah, dah name tekak melayu kan! 

Lepas tu aku ade tanya tokey die, esok ke luse start puase Ramadan? Die jawab esok.
 *padahal esok tu bukan 1 ramadan pon lagi*
>.<
Maka aku pon tersahurlah.



Sunday, October 12, 2014

Melancong ke Copenhagen


27 hingga 28 June 2014
Cuaca elok. Sejuk sikit. Masih boleh bukak sweater.

Aritu, aku bawak parents aku ke Copenhagen, Denmark. 
Denmark ni merupakan salah satu negara2 Scandinavia; selain Sweden dan Norway.
Alhamdulillah, berjaya jejak kaki ke negara Scandinavia ni.

Kami naik flight dari Moscow, Russia dan transit selama 22 jam di Copenhagen sebelum meneruskan perjalanan ke Geneva, Switzerland.
Kire kami 'singgah' je la kat Copenhagen ni
Naik Scandinavia Airlines yang takde makanan. *sedih*

Okay, aku memang saje je pilih transit 22 jam. 
Sebab:
1. Kami boleh keluar dari airport dan lawat Coopenhagen secara percuma (tak payah beli tiket flight ke Copenhagen)
2. Luggage yang kami checked-in kat Moscow terus sampai ke Geneva. So, xpayah seret beg banyak2 di Copenhagen ni. Hanya bawak hand carry sahaje :)

København

Kenape aku pilih transit kat Copenhagen ni?
Sebabnye aku nak tengok bangunan warne-warni kat Nyhavn tu. Cantik!
Lagi satu, Copenhagen ni bandar kecik je. Senang nak cover bandar walaupon transit hanya satu hari.

Nyhavn. Penulis cerite Little Mermaid dan Ugly Duckling pernah tinggal kat salah satu rumah kat situ.


Bangunan parlimen Denmark.

Patung little mermaid antara landmark yang famous kat Copenhagen. Takde maknenye nak rebut2 dgn orang putih tangkap gambar dengan patung ni. Kitorang tengok dari atas bot je.


Danish Kroner. Matawang Denmark. Comel2 macam donat. Nyum3



Patung Hello Kitty berbendera Denmark
*perempuan*

        
Accommodation di Copenhagen

Kitorang bermalam kat Cabinn City Hotel. Dekat dengan train station.
Aku ni ade 'habit' untuk pilih tempat tidur dekat2 dengan main train station.
Sebab selalunya kat Europe, diorang punye main train station betul2 dekat tengah bandar.

Macam KTM Kuala Lumpur dekat2 dengan Dataran Merdeka. Awesome gitu! Senang menapak.

Cabinn City Hotel. Bawah katil tu ade lagi satu tilam. Lagi sorang kene panjat tangga baru boleh tidur. 
*tapi xde sape tidur kat atas tu hehe*


Review Cabinn City Hotel:

Bagi aku hotel ni xde la best sangat. Bilik kecik, katil double decker, pintu toilet x berkunci dan yang paling xbest bile pintu toilet tu hampir2 lut sinar. Tak senang hati i nak mandi.
 Amboi banyak pulak kau nak komplen ye!!
Tapi apakan daya, inilah hotel paling murah dalam booking.com. Murah2 pon, DKK805 jugak untuk 3 orang. Lebih 100euro tu. Mahal sungguh negara kau ni Denmark !!! 

Aku ade try nak sewa rumah melalui airbnb.com. Tapi kebanyakan mereka ni xnak amek yg 1 malam je. Mmg terpaksa la amek hotel.


Dari airport

Kitorang tiba di Kastrup Airport, Copenhagen dalam pukol 4.10pm. 
Lepas clear immigration, kitorang terus naik train ke København H. (main Copenhagen's train station).
Senang cakap, kalau dari airport ke København H., lagi mudah naik train (macam komuter) dari naik metro (macam lrt). Harga lebih kurang je dua2 tu.


Train ade di Terminal 3 airport tu. Perjalanan dengan train mengambil mase lebih kurang 13 minit sahaje. Laju wooiiii.

Dari København H. kami explore Copenhagen jalan kaki je :)

bersambung.................