JAPAN ICHIBAN
Trip ke Jepun akhirnya menjadi kenyataan.
Kalau kecik2 dulu nak try pakai colsplay, dah besar2 ni aku nak pakai kimono.
Plan nak jalan solo masih gagal pabila mak aku, kawan aku dan mak beliau hijack trip ni.
Hehe.
Hehe.
Kami ke Jepun 14 - 20 haribulan Mei 2017. Plan yang sangat last minute. Beli flight ticket 2 minggu sebelum maka semua pun last minute.
ITINERARY
Kuala Lumpur - Osaka - Kobe - Osaka - Nara - Kyoto - Kawaguchiko -Tokyo -Kuala Lumpur
Kami beli KL-Kansai (osaka) & Haneda (Tokyo) -Kuala Lumpur.
Harga last minute memang harga tutup mate. RM1114 seorang termasok luggage 20kg pergi, 30kg balik dan nasi lemak pak Nasser pergi dan balik.
ACCOMMODATIONS
Kebanyakannya kami book airBnB. Mudah dan harga lebih murah dari book hotel last2 minute.
1. Osaka -Nipponbashi (rm71.50 /person/night) kami stay sini 3 hari 2 malam
**** 4 bintang setengah ****
Dekat dengan train station. Barang cukup. Quite tight untuk 4 orang.
Sangat modern. Toilet jepun yang best.
2. Kyoto (rm43.50 / person/night) kami tinggal sini 3 hari 2 malam

****4 bintang ****
Yang ni pon best. Dapat rumah 2 tingkat. dekat sangat dengan train dan bas station.
3) Kawaguchiko -Guesthouse Fujinokura Kawaguchiko Ekimaeten (3500yen/ person/night)
**** 4 bintang ****
Macam duduk dalam bilik Nobita. Boleh selak almari tu dan jumpe Doraemon.
Hostel ni walking distance dari Kawaguchiko station. Sharing toilets.
Ade microwave xde stove. Tapi best!
4) Tokyo (Yoyogi) (rm83.75/person/night)

**2 stars**
Bad experience. Jauh dari train station. Sempit dan katil bergoyang.
Not recommended
PASSES
Yang ni paling confius. Ade banyak sangat passes kat Jepun ni.
Sila pastikan dah ade itinerary dulu baru pilih pass.
Bukan beli pass pastu pening nk pegi mane.
Sila pastikan dah ade itinerary dulu baru pilih pass.
Bukan beli pass pastu pening nk pegi mane.
Osaka pass 1 day - 2500 yen. Pass ini sangat win. Boleh naik public transport for free dan banyak attractions boleh masok secara percuma.
Kansai thru pass 2 days - 4000yen. Pass ini jimat untuk travel intercity. Boleh guna 2 hari yang tidak berturut. Kami guna untuk travel naik keretapi dari Osaka-Kobe-Osaka-Nara-Kyoto. Tapi bila dah sampai Kobe/ Nara pass ni xleh guna dah
Kyoto bus pass 1 day - 500yen sahaja. Kat kyoto memang 80% kami naik bus sahaja. Attractions semua mudah dicapai melalui bus. Orang kat tourist information pon suggest untuk ambil bus pass sahaja instead of bus+train.
Suica card. 2000yen termasok 500yen deposit. Kad ini ala2 touch&go kat Malaysia. Sila guna sampai habis credit dan pulangkan semula kad ini di kaunter untuk dapatkan semula 500yen deposit.
PORTABLE WIFI
Yang ni kawan aku yang settlekan. Beliau sewa Samurai Wifi untuk satu minggu. Unlimited data, wifi laju, boleh kongsi up to 10 people. RM20 untuk satu hari kongsi 4 orang. Collect portable wifi ni kat klia2. Charge malam siap2
PEDOMAN
Thanks to FB group Road to Japan.
Kat sini ko boleh dapat macam2 jawapan sebelum bertanya.
Boleh search train time kat hyperdia / google maps je lah
http://www.hyperdia.com/en/
Boleh search train time kat hyperdia / google maps je lah
http://www.hyperdia.com/en/
BAJET KERING
flight: RM1114
acomondation: RM450
transportation: RM832
internet: RM35
internet: RM35
_____________________________
RM2431
tak termasok makan
No comments:
Post a Comment