Sunday, July 16, 2017

Jepun day 2 : Osaka

15th May 2017
Panas yang nyaman. Tak hujan
Kami guna Osaka Amazing Pass 1 day

Sebelum ke Jepun, saya sangat konfius macam mana nak optimizekan OAP ni.
Maklumlah, dengan pass ni, kita boleh masuk banyak attractions dengan free / dapat discount.
Jadi sangat penting untuk plan awal supaya tak penat.


First, kami ke Tsukenkaku tower. Malangnya kami keluar awal sangat.
Tower bukak pukul 9am. Kedai2 pon x bukak lagi.
Sepakat mengatakan tangkap gambar dari bawah je lah.

Next, kami ke Osaka castle.
OK, memang betul lah, train station dekat Jepun ni memang tak dekat dengan tempat2 menarik.
Dari train station ambil mase dalam 15minit jugak untuk sampai ke Osaka Castle ni.
Ambil masa jugak untuk melawat satu2 tempat.

Jauh jugak jalan
Osaka castle checked!
Tingkat 8 Osaka castle. Ade lift naik sahaja
Doushite Doushite kimi wo suki ni natte shimattandarou
*jalan nak balik pun jauh jugak*

bride & groom

Kami lunch di taman tepi castle. Bawak bekal siap2 dari rumah.

Perjalanan diteruskan ke Osaka Museum of housing and living.
Tujuan utama ke museum ni adalah untuk rent kimono paling murah dalam abad ini.
*perempuan*
Rental kimono ni ada timing2 dia. 10 orang dalam setiap sesi.
Satu sesi pulak hanya 30 minit. Sekejapnya!
Price: 500yen
boleh jalan2 area rumah zaman Edo
Konnichiwa!!
Kimono pandang belakang
Rental kimono dapat stokin free sebagai souvenir
hiks
Next, kami ke Osaka Bay area untuk ke Santa Maria cruise.
Fuh, kami sempat dapatkan ticket 5 minit sebelum last cruise berangkat pukul 5pm.
Lepak dalam cruise sejam.

Jepun itu mudah


Then, kami naik Tempozan Ferris Wheel yang ada dekat2 situ.
Masa ni bolehlah berangan senpai2 confess kat kau macam dalam drama2 jepun tu. Hehehe

Dalam Tempozan wheel ade lagu2

Hari dah malam.
Kami dinner di Bull's yang digembargembur sedap tu untuk makan sukiyaki.
Hmmm. Biase je rase dia. hmmm. Lagi sedap aku masak hahahahhaa.
 1 set 2000yen

On the way balik rumah tu, kami ke Dotombori
Jumpa Glicoman & Kanidouraku crab sign.
Umat manusia sangat ramai membantutkan usaha untuk shopping. 
Haha.




Kami pon ke Pablo beli kuih tart lalu pulang ke rumah.


Tips & tricks:
1. Banyak kan? haaa ni maximum kami boleh buat. Jangan lupe kami travel dengan 2 elderly :)
2. Kami tak sempat ke Umeda skybuilding.
3. Tak jumpe Uncle Rikuro's cheesecake
4. Kami tak pergi Universal Studio. Kat Singapore kan dah pegi :)

No comments:

Post a Comment