Thursday, December 11, 2014

Singapore part 1

4th December 2014. Khamis.
Pagi tu Singapore hujan. Sentap gak la, nak pegi USS tapi hujan.

Flight kami pukol 8am di KLIA2.
Maksudnye, pukul 4.30am dah kene bertolak dari rumah.
Aku siap tidur rumah abang aku untuk elak terlajak tidur. *terpaksa*

Dari KL central, kami naik aerobus.
Harga RM10 one way. Perjalanan amek mase dalam 45 minit.
Kami tiba di KLIA2 around 6am. Terus check in flight.


Buku merah jangan lupa bawa, moga2 belum tamat tempoh~


Backpack yang setia bersama 2 hari


Aku memang sedikit hebat, konon nak melawa, boleh pulak pakai kasut longgar.
Ko lupe nak naik roller coaster? Mahu tercabut kasut kau baru nak nangis.
So, kami pun singgah Carlo Rino. Beli kasut jap.
Semata!

Walaupun buruk, nak tayang gak. Aku beli kasut kerja sebenarnya. Formal habis.

Macam biasa lepas clear security check, kita boarding.
Aku ni kalau naik flight memang terus tertido.
Penah sekali, lentok sebelah negro. Mak aku kat belakang cuit2 je. Eheh.


Walaupun setiap seats ade screen, tapi tak dapat earphone.

Kawan aku kate, flight kami gegar2.
Tengok tingkap awan warne hitam ja.
Hujan lebat. Tapi aku continue tidur je. Hehe.


Sampai kat Terminal 3 Changi airport, kene beratur panjang untuk clear immigration.
Boleh curik gula2 sikit kat kaunter immigration.
Rase mentos. Lol.
Lepas amek bag, kami terus carik MRT untuk ke USS


Ikut Train to city. Train tu same dengan MRT.

Route:
Changi airport --> Harbourfront (MRT)
Harbourfront --> Resort Sentosa (express)
Kami tak beli kad express macam touch&go tu. Kami beli tiket biase. Tiket ni simpan, boleh gune sampai 6 kali. Setiap kali gune dapat discount 10cent. 


Dalam MRT, luas!

Cerita pasal USS ade kat SINI.


Kami spend time kat USS sampai pukul 9pm. Balik tu, kaki dah sakit2.
Mane tak nye, 9 jam keliling USS.
Dari USS, kami amik return train ke Harbourfront.
Takmau terkandas kat Sentosa Island.


Lepas tu..........................................erk.....tatau nak pegi mane.
>.<
Sedih
Kami lepak duduk atas lantai kat tepi lautan.
Teringat kampung halaman.
Ayah dannn ibuuu~ ayah dan ibuuuu~
Itulahhhh...
Sape suroh kau merayau!!


Christmas tree yang berlampu, beberape minit sebelum blackout. LOL 

Time ni dah pikir dah, agak2 kalau kita tidur sini, pakguard marah tak?

Dalam 30 minit duduk situ, baru terase nak tengok2 keadaan sekeliling.
Rupenya, ade public pool cetek macam kat KLCC depan tempat lepak tadi.
Ape lagi, rendam kaki la kat situ.
Sedap gile bakhang! Hilang penat.

Kalau tahu awal2 dah lama lepak sini.

Okay, takkan nak tidur depan park ala2 KLCC kan?
Macam yang diberitahu oleh geng MBC sebelum ni, kami nak try walk in ABC hostel kat Kubor street.

Kami pun naik la MRT ke Bugis station.
Dalam 1.30 SGD sorang.
Sampai sana, alamak!! Tak macam ade banyak hostel pon.

Aku pun tanye la satu uncle ni, mane Jalan Kubor?
Die cakap " buat ape nak pegi perkuburan?"
Dah la time tu dah pukul 11pm.
Scary.

Kami pun ikot la uncle tu ke Arab street, maybe boleh jumpe ABC hostels.
Best gak sembang dengan uncle tu sebenarnya.
Sembang politik gituuu.

Tapi kaki waaa dah sakit!
Aku cakap kat membe, mane2 hostel murah kite jumpe, masuk je la.
1 malam je.

Jalan punya jalan, jumpa Aliwal Park Hotel, kat Aliwal street.
1 malam 140SGD double bed dan tambah satu tilam.

Gagal jumpe ABC hostel, kami tidur kat sini. Padahal ABC tu seberang jalan je dengan hotel ni.




Review Aliwal Park Hotel:
Hotel ni selesa jugak la. Muat2 je untuk 3 orang sebilik.
Siap ada towels, sabun.
Tapi wifi kat lobby je.
Lepas check-out, boleh simpan luggage kat depan lobby.
Pastikan bawak extra 20SGD untuk deposit.
.
.
.
.
.

Dah ngantuk, aku terus tidur.
Teringat uncle tadi cakap:
"Walaupun Singapore mahal, living cost kat Malaysia lagi tinggi"
"Kat Singapore lunch 4 orang dalam 30SGD je, kalau kat Malaysia, RM100++.....teeeetttt"

Betullah tu.

No comments:

Post a Comment