Thursday, December 11, 2014

Singapore part 2 USS

4 December 2014. Khamis.

Harini USS bukak dari 10am sampai 9pm.
Dari Changi airport, kami terus ke USS. Makan mase 50 minit jugak.
Sampai2 dah pukul 12pm. Dah rugi 2 jam mase kat USS. *berkira sungguh*
Tapi takpelah. Lagipun pagi tu hujan. Dan USS harini tutup lambat.
Yay *lompat girang*

TRANSPORT
USS sebenarnya terletak kat Resort World di Sentosa Island.
Dari Changi airport, kami naik MRT.


Route MRT: Changi airport ---> Harbourfront
(dua kali tukar: kat station Tanah Merah dan Outram Park)
Harga: 2.40SGD

Dah sampai Harbourfront, masuk ke Vivo City.
Naik ke tingkat 3 dan beli tiket Sentosa Express Train untuk ke Sentosa Island.

Route Sentosa Express Train: Vivo City ---> Resort World.
(Resort World ni adalah first stop dari VivoCity)
Harga: 4SGD termasuk balik. 

TIKET USS

Aku beli tiket online 68 SGD termasuk 5 SGD voucher makanan.
Time ni ade promo.

Ni tiket biase. Tak boleh potong queue. Tapi boleh main satu game tu banyak2 kali.


Kalau beli kat kaunter USS, express pass berharga 70SGD.
Express pass ni maksudnye korang x payah beratur, boleh skip queue.
TAPI, satu game boleh main SEKALI je. RUGI kalau beli weekdays atau kalau orang tak ramai.


LOCKER

Yes, dalam USS ade locker.
Aku amek yang 'dalam' USS (lepas scan tiket, belok kanan)
Harga locker kecik 10SGD sehari. Sumbat 2 bagpacks, 2 handbags besar.
Aku cume bawak duit, handphone, roti gardenia coklat dan air mineral.

Tips: kat dalam USS, tepi roller coaster kadang2 ade locker. 45minit percuma.
Ade orang letak bag die dalam tu, agak2 dah 40 minit, tukar locker lain pulak.

Kami malas nak timing. Sumbat siap2 dalam locker berbayar.
Pukul 9pm baru amek beg. Itupon locker room tu dah kene kunci sebab USS dah tutup.
>.<

ATTRACTIONS

Macam2. Korang tengok je la gambar.


Sekarang tengah Christmas season. 

 Tetiba ade salji








Waterworld show. Gempak!! Kalau korang duduk depan, berkemungkinan baju korang akan basah.






Game ni paling tak best. Beratur lame, ride nye kejap je. Hehe


Dah malam takde orang
Dah habis semua game, kami main game budak2 pulak
Sebelum pulang. Bye bye USS


SURAU

Belakang roller coaster Cylons and Human ade surau.

Surau agak kecik. (Mohon syukur still disediakan)
Takde telekung disediakan.
>.<

MAKAN

Dalam map USS, kat bahagian restaurant, die ade letak logo halal sebelah nama restoren yang betul2 halal.
Kalau korang ade voucher makan SDG5 tu, mohon redeem siap2 kat entrance USS.
Aku dah rayau separuh USS, baru teringat nak tukar
>.<
Kami lunch di Friar's. Time ni dah 3pm, dan kami lupa redeem food voucher.
Tapi perut dah lapaaarr. Beli je lah chicken fillet and fries.
Melayang 9.90SGD. Tapi berbaloi2. Sedap!!!! *nangis*

Sedap ya amat!! Kalah KFC *serious*

 Walaupun tudungku penyek, tapi nak tunjuk gak keadaan dalam restaurant ni.


 Beef pizza adik aku order. Sedap! 9.50SGD.

Lepas tu, adik aku merengek nak popcorn. Bagilah sekotak.
Lagipun time ni aku dah redeem food voucher.
Harga sebenar 6.50SGD. Tapi aku bayar 1.50SGD je. Ok le tu.


Fahim and popcorn

Dah pukul 9pm, kami beli dinner pulak. Dinner lah sangat!
Chicken fingers 6SGD. Tapi bayar 1 SGD je. Murah untuk harga sebuah protein! lol

Lawa kan deco restaurant ni.

Discovery food court ni takde tanda halal tau.

Hard Rock Cafe
Keluar dari USS, ade Hard Rock Cafe. 
Tapi kami tak singgah.
Tarak duit
>.<


PULANG
Kalau nak balik, carik semula Sentosa express train tu ke VivoCity.
Tak payah beli tiket baru
.

.
.
.
.

Best la jugak USS ni. Tapi yg main attraction roller coaster Battlestar Galactica Cylon & Human tu tutup sampai 2015.
Nanti, akan ade lagi satu roller coaster baru. (tengah bina)
Tapi takpe. Aku tak rugi pon. Sebab, cuti sekolah adik aku lebih bermakna, sebab aku yang bawak die. HAHA
One more thing, aku rase Disneyland lagi best kot? Eheh.

No comments:

Post a Comment