4 dan 5 December 2014.
Khamis Jumaat
Khamis pagi hujan.
Jumaat panas.
Aku namekan trip ni : Trip suka hati kauuu ja!
Trip ke Singapore ni adalah random trip aku membawa adik lelaki 14 tahun ke oversea.
First time die jadi backpacker.
*clap clap clap*
Bagi dia feel sket macam mana travel tanpa mak abah sogok duit. Haha.
Trip kalini memang random.
Harini tengok tiket, harini beli, esok terus fly.
Memang suka hati kauuu ja!
Bekalan sebelum fly ke Singapore:
1. Ticket Malindo Air.
Kagum. Sangat murah! Lagi murah dari naik bas!
RM59 one way ticket.
(Termasuk check-in bag 15kilo dan air mineral & biskut sebagai jajan)
Harga ni aku dapat sehari sebelum fly. Murah nak mammmm.
2. Tiket Universal Studio Singapore
Harga : 68 SGD tiket dan vouchers.
Kami beli online kat USS website .
Rajin2 tekan button promo kat atas tu ye. Mane tau dapat murah.
*Beli online hanya boleh guna credit card*
Aku hutang kawan. He. He.Suruh ayah dia pakai credit card
3. Tukar duit kat Tesco Ampang.
Aku tukar 150 SGD
Masa ni ringgit jatuh.
1 SGD = RM 2. 65
Mahal. Nyesal tukar tak berguna.
Tips: bapak aku kate, currency rate dekat Ampang Park lagi murah.
4. Pesanan dari taiko2 Malaysian Backpackers Club (MBC):
Ini sangat membantu aku.
Nah, aku kongsi dengan korang.
Gigih print screen. Siap highlight lagi.
Aku tatau la kot ade yang nak reserve copyright.
Mohon copy ya MBC! Ngeh.
Haaa. 4 bende ni je lah aku prepare nak pegi Singapore.
Ticket balik tak beli lagi. Hotel hostel pon book lagi.
.
.
.
.
.
Memang
Suka hati kauuuu jaaa!
Update: BAJET kami di Singapore (per person).
Tiket flight kl-Singapore: RM59
Tiket aerobus KL Central - KLIA2 : RM 10
Starmart bus (Singapore-KL) : SGD30
Universal Studio Singapore : SGD 68
Makan di USS : SGD11.6
Hotel: SGD47
Makan di gerai Pariaman : SGD6.50
Aiskrim roti: SGD1.20
Bas: SGD1.30
2-3 Air mineral (patut refill je kat water cooler) SGD3
MRT: SGD 2.8+1.3+1.3+1.3+1.3 SGD8
TOTAL: RM547.59 *lebih kurang* gulp2
No comments:
Post a Comment